5 Jenis Perfume Wanita Untuk Ke Pejabat Daripada Koleksi Biebon Parfum

Hari pertama bekerja pasti sangat mendebarkan. Dengan persiapan baju, tudung, kasut dan beg yang paling bagus, anda berharap akan mendapat first impression yang baik setibanya di pejabat kelak.

Tetapi nampaknya anda tertinggal satu perkara penting yang akan melengkapkan lagi penampilan anda iaitu perfume!

Jika sebelum ini anda tidak pernah kisah dengan pemakaian perfume, anda patut mula memakainya sekarang kerana terdapat banyak kelebihan memakai perfume di tempat kerja yang mungkin anda tidak sedar seperti:

1.Meningkatkan Keyakinan Diri

Anda pasti pernah dengar orang yang biasa mengamalkan pemakaian perfume tidak akan betah jika sekali tidak memakainya.

Kerana perfume telah berjaya meningkatkan keyakinan dirinya di khalayak ramai secara tidak langsung akan membantu anda dalam perkembangan karier.

2. Melambangkan Personaliti

Bila anda pertama kali hadir ke pejabat dengan memakai perfume, haruman itu sendiri yang akan memperkenalkan siapa anda di hadapan orang lain kerana pemilihan perfume sangat berkait rapat dengan personaliti.

Katakan anda memakai wangian berunsurkan bunga, orang akan tahu anda adalah wanita penuh kelembutan dan sopan-santun.

Jika anda memakai haruman daripada unsur buah, orang lekas tahu anda adalah wanita yang ceria dan happy go lucky!

Jadi orang akan tahu bagaimana cara yang sesuai untuk memulakan perbualan dan berkomunikasi dengan anda.

3. Menjadi Terapi Diri Dan Mengurangkan Stress

Maklum sajalah cabaran dalam fasa menyesuaikan diri di tempat kerja serta kesukaran memahami job scope atau flow kerja yang rumit lebih-lebih lagi jika anda budak baru.

Setidaknya haruman yang anda pakai dapat memberi ketenangan pada diri sendiri semasa menghadapi tekanan ini.

Lebih menguntungkan jika kesannya turut membantu mengurangkan tekanan bekerja pada orang sekeliling anda juga. Asalkan anda pilih wangian yang sesuai,mendamaikan dan tidak overpower.

4. Menarik Minat Orang Pada Anda

Memulakan sesuatu perbualan atau ice breaking di tempat kerja kadangkala menjadi kaku dan janggal kerana perbualan hanya akan berjalan lancar jika anda telah tahu sedikit sebanyak mengenai latar belakang kehidupan seseorang.

Sudah tentu memakan masa jika anda mahu selidik dahulu kehidupan setiap orang di pejabat anda semasa mencari peluang berkomunikasi.

Tetapi jika anda memakai minyak wangi, setidaknya orang akan tertarik dan suka bercakap dengan anda kerana tarikan keharuman bau perfume yang anda pakai.

Secara automatik juga orang akan bercakap dengan baik kepada anda tanpa unsur negatif seperti meninggikan suara, menyindir dan seumpamanya. Orang akan menjadi lembut hati dan melayan anda dengan lebih baik.

Kali ini, Puan Bibi daripada Biebon Parfum akan memberikan 5 cadangan jenis perfume wanita untuk ke pejabat daripada koleksi Biebon Parfum sendiri.

1. Biebon Dazzle

Biebon Dazzle diinspirasikan daripada Daisy. Ia memberikan first impression yang sempurna kepada pemakainya.

Dazzle ini dihasilkan daripada wangian bunga gardenia dan violet yang lembut, jadi  si gadis akan tampak mempersona.

Ditambahkan dengan bau note strawberi, Dazzle juga membuatkan penampilan pemakai menjadi agak comel. Biebon Dazzle sangat sesuai kepada gadis yang berusia 18 hingga 25 tahun.

2.Biebon Glow 

Biebon Glow diinspirasikan daripada Light Blue sangat sesuai untuk wanita yang suka penampilan casual dan segar untuk ke pejabat.

Dihasilkan daripada bau citrus seperti lemon yang segar digabungkan dengan kelembutan bau bunga ros serta sedikit elemen woody yang akan memberikan daya penarik kepada si pemakai.

Biebon Glow ini sangat sesuai untuk wanita berusia 30 hingga 45 tahun.

3. Biebon Madam

Biebon Madam pula diinspirasikan oleh Coco Mademoiselle adalah top selling di Biebon Parfum! Wangian ini sangat sesuai untuk wanita yang mahu tampil elegan dengan tambahan unsur mewah.

Dengan gabungan bau segar dan white floral akan menonjolkan lagi elemen mewah dan clean kepada si pemakai. Sesuai untuk wanita berusia 30 hingga 45 tahun.

4.Biebon Vivy

Seterusnya adalah Biebon Vivy yang diinspirasikan dari Bright Crystal. Wangian ini sangat sesuai untuk gadis yang baru memasuki alam pekerjaan.

Unsur bau segar iaitu dari bunga peony yang bertindak menimbulkan bau yang lembut diserikan lagi dengan unsur bau manis juicy dari buah delima.

Biebon Vivy sangat sesuai untuk si gadis berusia 18 hingga 25 tahun yang baru hendak melangkah ke alam pekerjaan.

5. Biebon London

Yang terakhir adalah Biebon London. Ia diinspirasikan oleh English Pear dan Freesia. Wangian ini menyerlahkan elemen elegan dan classy dari bunga freesia.

Biebon London juga berbau sedikit manis hasil not buah pear. Perfume ini sangat sesuai untuk wanita yang berusia 30 hingga 45 tahun.

Diharapkan pengkongsian dan cadangan oleh Puan Bibi ini dapat membantu wanita di luar sana untuk memilih wangian dari Biebon Parfum untuk dipakai ke pejabat. Selain itu, anda perlulah tahu cara memakai perfume yang betul untuk wanita. Antaranya 2 tips penting ini iaitu

1.Less Is More (Sederhana Lebih Baik)

Wanita di luar sana tak perlulah ke pejabat dengan menyembur perfume seperti sedang mandi. Cukup sekadar meninggalkan bau wangian yang halus apabila kita lalu di hadapan orang lain. Tidak perlu sembur terlalu berlebihan hingga membuatkan rakan sekerja kita berasa tidak selesa seterusnya membuatkan mereka mendapat sakit kepala. 

2.Tidak Perlu Sembur Berkali-Kali

Anda tidak perlu sembur perfume yang sama berkali-kali sepanjang anda bekerja. Cukup sekadar sekali semburan ke badan di rumah semasa anda sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

Jangan rasa rakan sekerja anda tidak dapat menghidu bau perfume anda jika anda sendiri yang berasa seperti perfume anda tidak berbau kerana hakikatnya mereka boleh hidu bau wangian yang anda pakai.

Semburan berkali-kali hanya akan merosakkan keharuman bau perfume itu sendiri seterusnya mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan officemate anda dengan wangian yang anda pakai tersebut.

Persoalannya, anda pasti tidak mahu tersalah pilih perfume ke tempat kerja bukan? Gusar jika terpalit pengalaman dan tanggapan buruk kerana tersalah memilih perfume ke pejabat, Biebon tampil menyelesaikan masalah anda.

Anda boleh dapatkan mana-mana jenis dari 5 cadangan di atas pada harga RM15 sahaja untuk size 15 ml.

Anda boleh mencuba size 15 ml terlebih dahulu, apabila sudah jatuh cinta boleh ambil size yang lebih bebrbaloi.

Di Biebon, kami menyediakan pelbagai seleksi minyak wangi untuk menyerlahkan lagi penampilan anda. Terdapat lebih 50 pilihan wangian untuk meraikan kepelbagaian personaliti anda.

Keistimewaan Biebon adalah diformulasikan oleh pakar perfumist yang diiktiraf, tiada bahan kimia yang berbahaya, wangian mesra solat, sesuai untuk semua jenis kulit, tahan selama 8 jam pada badan dan 2 hari pada pakaian.Biebon juga tidak melekit atau berminyak malah tidak menyebabkan kegatalan atau iritasi pada kulit.

Untuk makluman lanjut, hubungi konsultan Biebon untuk pemilihan perfume di nombor Whatsapp 011-3725 6456 ataupun layari www.biebonparfum.com sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *