Anda pernah kecewa kerana terbeli perfume yang berbau sedap semasa anda hidu pada kertas tester di kedai tetapi apabila pakai di badan bau perfume tadi tidak seperti yang kita jangkakan.
Atau geram melihat deretan botol perfume yang telah dibeli tetapi semuanya tidak serasi dengan anda. Sudahlah berhabis duit, semuanya serba tidak kena!
Jangan risau lagi, di sini kami kongsikan 5 tip memilih perfume yang sesuai untuk diri anda!
1.Ketahui Perfume Yang Sesuai Dengan Personaliti
Secara asasnya, kita akan tahu wangian yang kita suka berdasarkan personaliti sendiri. Keserasian perfume akan menyerlahkan lagi aura kita dan membuatkan kita berasa lebih yakin apabila berdepan atau bertemu dengan orang lain.
Sebagai contoh, seorang wanita yang berkarakter lemah-lembut atau soft spoken akan lebih cenderung untuk memilih perfume yang berbau segar berbanding perfume yang berbau kuat dan manis.
Bagi lelaki yang gemar bersukan dan sering melakukan aktiviti luar pula, mereka lebih memilih haruman berbau segar daripada note Citrus atau Aqua untuk menyembunyikan bau peluh. Ini kerana note Citrus yang berasal dari kumpulan lemon atau oren mampu memberikan wangian yang berbau segar sepanjang hari.
2.Ketahui Maksud “Eau De”
Jadi, apabila memilih wangian untuk diri sendiri salah satu tip adalah dengan mengetahui personality anda sendiri. Tidak bermakna jika seseorang memakai perfume tersebut wangi, kita juga akan turut wangi. Ini kerana setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri.
Jika kita teliti botol perfume di pusat membeli-belah, kita akan perasan ada beberapa jenis label kepekatan minyak wangi.
Secara teorinya, ada tiga kategori kepekatan minyak wangi iaitu Eau De Parfume (EDP), Eau De Toilette (EDT) dan Eau De Cologne (EDC)
EDP merupakan kepekatan perfume yang paling tinggi. Dimana, konsentrasi pati adalah di antara 20-30%. Ini menjadikan perfume dari kepekatan EDP, mampu bertahan selama lapan jam di permukaan kulit kita.
Oleh itu, EDP seharusnya menjadi pilihan utama atas faktor ketahanan bau yang lama walaupun harganya lebih mahal berbanding jenis yang lain.
Manakala, EDT pula mempunyai kepekatan yang sederhana pada kadar konsentrasi pati 10-15%. Ketahanan EDT pada permukaan kulit kita adalah kurang dari enam jam selepas disembur pada badan. Kandungan pati yang kurang menyebabkan ketahanan baunya menjadi lebih rendah dari EDP.
Akhir sekali adalah EDC. EDC pula mengandungi kepekatan paling rendah iaitu konsentrasi pati pada kadar 5% sahaja. Kepekatan jenis ini mampu bertahan selama tiga ke empat jam di permukaan kulit kita. Peratusan kandungan pati yang paling sedikit menjadikan faktor ketahanan minyak wangi EDC ini paling rendah antara semua jenis kepekatan perfume.
Jadi,selepas ini anda boleh meneliti terlebih dahulu label yang terdapat pada botol perfume atau terus meminta rekomendasi daripada penjual yang bertugas di kaunter perfume.
3.Sederhana Lebih Baik (Less Is More)
Apa yang kami maksudkan dengan sederhana lebih baik di sini adalah, jika anda ke kaunter perfume di pusat beli-belah, elakkan mencuba terlalu banyak jenis perfume di kaunter tersebut.
Sebaiknya, mintalah saranan dan nasihat dari penjual yang bertugas tentang jenis perfume yang lebih sesuai dengan karakter diri anda.
Anda boleh memulakan dengan mencuba satu jenis perfume dan disusuli dengan 2 ke 3 jenis minyak wangi yang lain. Semburlah di pada kertas tester yang disediakan di kaunter perfume. Elakkan sembur di bahagian badan seperti pergelangan tangan kerana untuk mengelak bau perfume bercampur.
Elakkan mencuba lebih dari 4-5 jenis minyak wangi dalam satu-satu masa. Ini boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Akhirnya, anda akan terkeliru dalam membuat pilihan wangian.
Dan tahukah anda, kita boleh minta beberapa sampel percuma untuk dicuba satu persatu di rumah. Ini adalah salah satu cara untuk kita punya lebih masa untuk ‘explore’ perfume tadi sebati dengan bau badan kita.
4. Cuba Dulu Dan Biarkan Seketika.
Setelah anda semburkan perfume ke permukaan kulit contohnya pergelangan tangan, elakkan terus menghidu bau perfume tersebut.
Seeloknya, biarkan seketika (sekitar 1-2 minit) supaya note perfume tersebut sebati terlebih dahulu secara semulajadi dengan bau badan kita.
Bau yang terhasil selepas semburan sebenarnya hasil tindakbalas antara note pati perfume dengan pH permukaan kulit kita.
Jadi,jangan pelik jika semburan minyak wangi yang sama pada anda dan rakan anda akan menghasilkan bau yang berbeza.
Tahukah anda, minyak wangi terdiri daripada 3 lapisan iaitu Base Note, Heart Note dan Top Note. Apabila kita membiarkan seketika wangian yang kita sembur tadi, kita sebenarnya membiarkan note-note wangian itu sebati dengan lebih baik.
Inilah tip paling penting untuk menentukan jenis wangian yang paling sesuai dengan badan kita. Jadi, jika anda berniat untuk membeli perfume, seeloknya biarkan seketika semburan perfume tadi untuk sebati dan selepas 1-2 minit boleh mula menghidu.
Setelah anda semburkan perfume ke permukaan kulit contohnya pergelangan tangan, elakkan terus menghidu bau perfume tersebut.
Seeloknya, biarkan seketika (sekitar 1-2 minit) supaya note perfume tersebut sebati terlebih dahulu secara semulajadi dengan bau badan kita.
Bau yang terhasil selepas semburan sebenarnya hasil tindakbalas antara note pati perfume dengan pH permukaan kulit kita.
Jadi,jangan pelik jika semburan minyak wangi yang sama pada anda dan rakan anda akan menghasilkan bau yang berbeza.
Tahukah anda, minyak wangi terdiri daripada 3 lapisan iaitu Base Note, Heart Note dan Top Note. Apabila kita membiarkan seketika wangian yang kita sembur tadi, kita sebenarnya membiarkan note-note wangian itu sebati dengan lebih baik.
Inilah tip paling penting untuk menentukan jenis wangian yang paling sesuai dengan badan kita. Jadi, jika anda berniat untuk membeli perfume, seeloknya biarkan seketika semburan perfume tadi untuk sebati dan selepas 1-2 minit boleh mula menghidu.
5.Kenapa Saya Tidak Boleh Bau Wangian Yang Saya Sendiri Pakai?
Soalan ini kerap ditanya oleh pelanggan Ketika ingin membeli minyak wangi.
Sebenarnya, apabila kita sudah memakai sesuatu minyak wangi bagi tempoh yang lama, otak sudah berhenti menghantar deria bau wangi tersebut ke hidung kita.
Jadi, kita tidak lagi mampu menghidu bau minyak wangi sendiri. Tapi, jangan anggap orang lain di sekeliling juga tidak boleh bau wangian yang kita pakai.
Hakikatnya, bau tersebut masih melekat pada diri kita. Cuma deria bau kita sahaja yang sudah lali dengan bau tersebut.
Sekarang anda sudah tahu bagaimana cara untuk memilih perfume yang sesuai untuk diri anda? Semoga tip yang kami kongsikan dalam artikel ini boleh membantu anda dalam pemilihan perfume yang sesuai.
Di Biebon, kami menyediakan pelbagai koleksi perfume untuk menyerlahkan lagi penampilan anda. Terdapat lebih 100 pilihan wangian untuk lelaki dan wanita.
Keistimewaan Biebon adalah diformulasikan oleh perfumist sendiri, tiada bahan kimia yang berbahaya, wangian mesra solat, sesuai untuk semua jenis kulit, tahan selama 8 jam pada badan dan 2 hari pada pakaian.Biebon juga tidak melekit atau berminyak malah tidak menyebabkan kegatalan atau iritasi pada kulit.
Anda ingin merasai pengalaman mencuba perfume hasil tangan perfumist? Boleh cuba trial size 5 ML Biebon Parfum. Untuk makluman lanjut, hubungi konsultan Biebon untuk pemilihan perfume di nombor Whatsapp 011-3725 6456 ataupun layari www.biebonparfum.com sekarang!