Kenali 3 Musuh Utama Minyak Wangi.

Umpama mimpi ngeri apabila kita memakai minyak wangi kegemaran sebelum memulakan hari dan menyedari bahawa bau minyak wangi kita yang sepatutnya menyegarkan bertukar kepada bau yang masam dan tidak menyenangkan. Dan kita akan tertanya-tanya adakah minyak wangi kita telah tamat tempoh atau sebab-sebab lain?

Perlu diketahui yang  setiap produk yang kita guna ada tamat tempohnya, namun terdapat beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk memanjangkan jangka hayat minyak wangi kita.

Kita perlu faham bahawa minyak wangi itu ‘hidup’! Setiap botol minyak wangi merupakan gabungan molekul yang berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, warna dan baunya perlahan-lahan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Namun, kita tidak perlu gusar kerana perubahan ini tidak semestinya sebagai satu indikator bahawa minyak wangi yang kita pakai itu tidak boleh dipakai langsung walaupun setelah lebih setahun kita menggunakannya.

Seperti biasa, disini Bibi kongsikan beberapa tips untuk kita semua bagaimana mahu memanjangkan atau menjaga kualiti minyak wangi kita.

Bagi mengekalkan kualiti minyak wangi kegemaran kita, kita perlu mengenal pasti tiga musuh utama minyak wangi iaitu haba, kelembapan dan cahaya. Sinaran UV, suhu tinggi dan persekitaran lembap boleh mempercepatkan tindak balas perluputan semula jadi wangian.

Walau bagaimanapun, tidak semua minyak wangi dicipta mempunyai jangka masa luput yang sama. Not sitrus segar adalah yang paling mudah terdedah kepada pengoksidaan, dan bau amber yang hangat lebih cepat untuk luput berbanding yang lain.

Kadar proses perluputan juga dipengaruhi oleh faktor gabungan not bahan mentah di dalam minyak wangi. Sebagai contoh,  gabungan not vanila dan bunga akan lebih cepat untuk berubah warna.

Jadi, untuk memastikan jangka hayat wangian kita lebih tahan lama,boleh cuba beberapa tips di bawah:

  1. Elak dedahkan minyak wangi kita dengan sinaran cahaya sama ada cahaya matahari atau lampu.
  2. Jauhi minyak wangi daripada sumber haba untuk menghalangnya daripada berubah dengan cepat.
  3. Simpan minyak wangi kita di tempat yang sejuk dan kering untuk mengekalkan kualiti minyak wangi kita.

Tempat terbaik untuk menyimpan minyak wangi kita adalah di dalam bilik yang sejuk dan gelap, di dalam laci dan sebaiknya sebelum itu disimpan di dalam kotak dan bukan di atas meja solek atau di berdekatan tingkap bilik mandi.

Di Biebon, kami memastikan minyak wangi Biebon berada di tahap yang optimum dan selamat. Dalam erti kata lain, tiada bahan lain seperti pewarna atau pengawet yang terlarang ditambahkan di dalam minyak wangi Biebon.

Kesimpulannya, setelah mengetahui 3 musuh utama minyak wangi ini diharap kita dapat memastikan jangka hayat minyak wangi kita lebih lama supaya kita boleh memakai minyak wangi kegemaran kita seakan baru dibeli semalam!

Tinggalkan komen anda dibawah, dan Bibi sedia untuk membalasnya.

Click Here for  English version https://biebonparfum.com/three-major-enemies-of-scent/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *